Tuesday, 24 September 2013

Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan sudi datang ke Majlis Perkahwinan Saya

Salam...

Seminggu sudah berlalu majlis sebelah perempuan Alhamdulillah..dah selesai semuanya. Majlis nikah & majlis resepsi..Majlis kesyukuran menyambut menantu pada 28 September 2013..Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan~amin                    


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang telah sudi menghadirkan diri ke majlis kami yang tidak seberapa ini. Tidak lupa kepada para petugas majlis yang bertungkus lumus menjadikan majlis kami satu kenangan yang indah.


Terharu rasa hati dan gembira melihat wajah-wajah mereka yang menghadiri majlis ini, ia satu tanda sokongan buat kami berdua yang baru bermula untuk melangkah ke alam perkahwinan. 


Rasa lega sangat2 bila semua majlis kami berakhir dengan selamat.perasaan? Bahagia sangat. Syukur...walaupun masih banyak perkara baru yang perlu belajar disini, mengenali suami dan keluarganya, memahami budaya mereka, merasai enaknya makanan dorg..eh lupa laq!!..pas selesai akd nikah tu.. Nak mengalir air mata haha tacing tau. Thanks Incik suami, xoxo!! ;) Terima kasih Allah, menemukan saya dengan incik suami..berada didepan altar yang menyatukan kami sebagai sepasang suami isteri. Terima kasih segalanya..:) luv u more..muahhh~isteri


Sampai sini dulu. Mohon doakan jodoh kami berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan. Mohon maaf juga sebarang kesilapan dan kekurangan yang berlaku sepanjang majlis kami tempoh hari.

p/s:Tak sabar nak tunggu jumaat ni. Nak balik jumpa encik suami. Rindu!

No comments:

Post a Comment